Kata hati sangat sukar untuk dibaca. Mampukah insan lain untuk menyelami apa yang terkandung di dalam hati insan lain andai pemilik hati tersebut turut tertanya-tanya apa yang tersirat dihati kecilnya. Perrh…. Perahsianya “hati”. Sehinggakan pemilik hati pun tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam hati. Haha… Namun, hatiku tidak mampu untuk berahsia dengan diriku. Aku dapat membaca apa yang tersirat di dalam hatiku. Hatiku mula tertarik dengan si dia. Mudahnya hatiku untuk menyerahkan dirinya kepada insan lain meskipun tidak mengetahui nama insan tersebut dan tidak melihat wajahnya. Hanya suara yang sering menjadi peneman dan mengubat rindu. Namun, tidak dinafikan bahawa dia memiliki suara yang sangat memukau. Setiap tutur katanya sangat memikat hati walaupun tidaklah sehebat kata-kata seorang romeo namun kata-katanya mengandungi maksud yang tersirat yang sangat memukau. Walaupun hati mengetahui bahawa mustahil baginya untuk memiliki pemilik suara tersebut, ...