Skip to main content

rahsia hati tidak siapa yang tahu...



Kata hati sangat sukar untuk dibaca. Mampukah insan lain untuk menyelami apa yang terkandung di dalam hati insan lain andai pemilik hati tersebut turut tertanya-tanya apa yang tersirat dihati kecilnya. Perrh…. Perahsianya “hati”. Sehinggakan pemilik hati pun tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam hati. Haha…

Namun, hatiku tidak mampu untuk berahsia dengan diriku. Aku dapat membaca apa yang tersirat di dalam hatiku. Hatiku mula tertarik dengan si dia. Mudahnya hatiku untuk menyerahkan dirinya kepada insan lain meskipun tidak mengetahui nama insan tersebut dan tidak melihat wajahnya. Hanya suara yang sering menjadi peneman dan mengubat rindu.
Namun, tidak dinafikan bahawa dia memiliki suara yang sangat memukau. Setiap tutur katanya sangat memikat hati walaupun tidaklah sehebat kata-kata seorang romeo namun kata-katanya mengandungi maksud yang tersirat yang sangat memukau. 

Walaupun hati mengetahui bahawa mustahil baginya untuk memiliki pemilik suara tersebut, namun cukuplah andai hati dapat mendengar gemersik suaranya.

Kenapa hati rasa macam tu? Sebab hati memang memahami dirinya sendiri yang mudah tertarik dengan insan yang memiliki suara yang merdu, pandai main instrument, dan banyak lagi. So, kalau hati kata dia suka tak bermaksud ingin memiliki. Mungkin sekadar menggemari dan mengagumi sahaja. Hermmm…susah juga nak menawan hati ye. Walaupun berjaya menarik perhatian hati dengan suara yang memikat namun masih tidak mampu untuk memiliki hati.

So, kita nantikan siapakah yang dapat memiliki hati. Apakah yang ada pada insan yang berjaya memilki hati. Adakah seorang yang berbakat, hebat, atau sekadar insan biasa yang bijak bermain dengan kata-kata. Kita nantikan ye.. hahaha….

Comments

Popular posts from this blog

undang-undang perniagaan

1.0               HUBUNGAN PEKONGSI DENGAN PIHAK KETIGA 1.1        KUASA EJEN Hubungan pekongsi dengan pihak ketiga bergantung kepada kuasa ejen. Setiap pekongsi adalah ejen kepada firma itu dan pekongsi-pekongsi yang lain bagi tujuan perniagaan perkongsian. Seksyen 141 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa kuasa ejen meliputi semua perbuatan yang sah yang perlu untuk melaksanakan tugasnya kepada prinsipal. Kuasa seseorang ejen untuk bertidak boleh wujud dalam dua bentuk iaitu kuasa zahir dan kuasa nyata. 1.1.1     KUASA ZAHIR Kuasa zahir merupaka kuasa seseorang ejen yang pada pandangan orang lain ejen itu mempunyai kuasa tersebut. Kuasa zahir yang dimiliki oleh ejen ini tidak diberi seecara nyata oleh prinsipal. Namun, pihak ke-3 mengandaikan bahawa ejen tersebut mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian walaupun pada hakikatnya ejen tidak mempunyai kuasa itu. Malah, pr...

Ciri-ciri pasangan yang baik.

Setiap orang mempunyai sikap dan karakter masing-masing. Ianya menjadikan setiap insan itu sangat unik. Kadang kala ianya akan membuatkan orang  disekelilinganya berasa selesa namun tidak mustahil juga berasa rimas.jadi, mari kenal pasti antara ciri yang perlu kita miliki untuk memastikan bahawa kita adalah insan yang disenangi dan bukannya merimaskan. 1 .        Sentiasa menjaga solat. Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Sesungguhnya solat merupakan ibadah pertama yang akan dihitung di akhirat kelak. Jadi berusahalah untuk menjaga solat kita. Malah orang yang bersolat juga dapat memelihara dirinya daripada perbuatan mungkar. So, orang yang bersolat ni bukan sahaja menjaga hubungannya dengan Allah malah secara tidak langsung akan menjadikan dirinya disenangi oleh manusia. Andai seseorang itu tidak mampu untuk menjaga hubungannya dengan Sang Penciptanya mana mungkin ia dapat menjaga hubungannya de...