Setiap orang mempunyai sikap dan karakter masing-masing. Ianya menjadikan setiap insan itu sangat unik. Kadang kala ianya akan membuatkan orang disekelilinganya berasa selesa namun tidak mustahil juga berasa rimas.jadi, mari kenal pasti antara ciri yang perlu kita miliki untuk memastikan bahawa kita adalah insan yang disenangi dan bukannya merimaskan. 1 . Sentiasa menjaga solat. Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Sesungguhnya solat merupakan ibadah pertama yang akan dihitung di akhirat kelak. Jadi berusahalah untuk menjaga solat kita. Malah orang yang bersolat juga dapat memelihara dirinya daripada perbuatan mungkar. So, orang yang bersolat ni bukan sahaja menjaga hubungannya dengan Allah malah secara tidak langsung akan menjadikan dirinya disenangi oleh manusia. Andai seseorang itu tidak mampu untuk menjaga hubungannya dengan Sang Penciptanya mana mungkin ia dapat menjaga hubungannya de...