Setiap orang mempunyai sikap dan
karakter masing-masing. Ianya menjadikan setiap insan itu sangat unik. Kadang kala
ianya akan membuatkan orang
disekelilinganya berasa selesa namun tidak mustahil juga berasa
rimas.jadi, mari kenal pasti antara ciri yang perlu kita miliki untuk
memastikan bahawa kita adalah insan yang disenangi dan bukannya merimaskan.
1. Sentiasa
menjaga solat.
Sebagai seorang
muslim, kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Sesungguhnya
solat merupakan ibadah pertama yang akan dihitung di akhirat kelak. Jadi berusahalah
untuk menjaga solat kita. Malah orang yang bersolat juga dapat memelihara
dirinya daripada perbuatan mungkar. So, orang yang bersolat ni bukan sahaja
menjaga hubungannya dengan Allah malah secara tidak langsung akan menjadikan
dirinya disenangi oleh manusia.
Andai seseorang
itu tidak mampu untuk menjaga hubungannya dengan Sang Penciptanya mana mungkin
ia dapat menjaga hubungannya dengan makhluk. Jadi pilihlah orang yang bersolat
sebagai pasangan hidup. Tertamanya kepada golongan wanita supaya hubungan yang
terbina menjadi landasan untuk ke syurga Allah.
2. Hormati
anda (orang lain)
Individu yang
berakhlak sentiasa menghormati orang disekelilingnya. Bak kata pepatah yang tua
dihormati, yang muda disayangi. Dalam memilih pasangan, pilihlah orang yang
menerima anda seadanya. Maksudnya dia tidak pernah merendah-rendahkan atau
menghina anda. Andai bakal pasangan anda menghina pekerjaan anda atau taraf
kehidupan keluarga anda, maka percayalah tidak rugi jika anada tinggalkan dia. Orang
yang tidak menghormati orang lain tidak layak untuk dihormati. So, bagaimana
kita akan hormatkan dia apabila dia sudah menjadi pasangan kita nanti.
3. Tidak
menyalahkan orang lain.
Individu yang
matang tidak akan sesekali menyalahkan orang lain. Dia akan berani mengakui
kesalahan yang dilakukannya. Pilihlah individu yang sebegini untuk dibuat
pasangan kerana sikap matang seperti ini menunjukkan bahawa dirinya telah
bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
4. Bercinta
selepas kahwin (kerana Allah)
Pilihlah individu
yang ikhlas untuk mengambil anda sebagai pasangannya. Belajarlah mencintai
apabila telah sah menjadi pasangan suami isteri. Percayalah andai anda
mencintai pasangan anda ikhlas kerana Allah pastinya kebahagian akan menjadi
milik anda.
5. Menghargai
anda sepenuhnya.
Pilihlah pasangan yang menerima anda kerana diri anda. Andai
si dia hanya milih anda kerana rupa paras anda yang cantik atau kacak
semata-mata maka tinggalkanlah dia kerana itu menunjukkan bahawa dia tidak
ikhlas terhadap anda. Rupa yang cantik tidak akan kekal selamanya. Ia akan
pudar. Individu yang memilih anda kerana kecantikan fizikal anda semata-mata
tidak mustahil akan meninggalkan anda disaat kecantikan itu pudar.
6. Rajin
dan mempunyai matlamat.
Carilah pasangan
yang rajin bekerja dan mempunyai matlamat untuk menjadi lebih berjaya. Tetapi janganlah
menjadi seorang yang materialistik. Bukan memandang hartanya tetapi biarlah ada
keinginan untuk berubah kearah yang lebih baik. Tidak mengapa mengahwini
penjual burger tetapi biarlah rajin berusaha untuk memajukan perniagaannya.
7. Tidak
membazir.
Carilah pasangan
yang tidak suka membazir. kalau tidak merokok itu lebih baik. Merokok bukan
sahaja satu pembaziran malah ia juga akan memudaratkan kesihatan. Kalau kesihatannya
pun ia tidak mampu untuk jaga mana mungkin dia boleh jaga orang dibawah
tanggungannya.
Andai anda menjumpai seseorang
yang baik , maka cubalah untuk setia. Sebab bukan senang nak jumpa atau dapat
pasangan yang baik. Semua orang tak sempurna. Apa hak anda untuk mempersoalkan
ketidaksempurnaan insan lain. Sebaiknya belajarlah untuk menerima pasangan anda
seadanya. Berdoalah supaya kebahagian dunia dan akhirat akan menjadi milik kalian.
Comments
Post a Comment