Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

undang-undang perniagaan

1.0               HUBUNGAN PEKONGSI DENGAN PIHAK KETIGA 1.1        KUASA EJEN Hubungan pekongsi dengan pihak ketiga bergantung kepada kuasa ejen. Setiap pekongsi adalah ejen kepada firma itu dan pekongsi-pekongsi yang lain bagi tujuan perniagaan perkongsian. Seksyen 141 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa kuasa ejen meliputi semua perbuatan yang sah yang perlu untuk melaksanakan tugasnya kepada prinsipal. Kuasa seseorang ejen untuk bertidak boleh wujud dalam dua bentuk iaitu kuasa zahir dan kuasa nyata. 1.1.1     KUASA ZAHIR Kuasa zahir merupaka kuasa seseorang ejen yang pada pandangan orang lain ejen itu mempunyai kuasa tersebut. Kuasa zahir yang dimiliki oleh ejen ini tidak diberi seecara nyata oleh prinsipal. Namun, pihak ke-3 mengandaikan bahawa ejen tersebut mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian walaupun pada hakikatnya ejen tidak mempunyai kuasa itu. Malah, pr...

*****

sakit!!! itulah yang aku rasai. Tiada sebarang luka namun pedihnya menusuk hingga ke dalam. Tidak mungkin ada ubat yang bisa menghilangkan pedihnya kerana lukanya entah di mana. 

psikologi

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yg sangat sunyi. 2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia org yang kuat bersedih. 3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia. 4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah. 5. Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut. 6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang. aku seorang yangmudah ketawa. Adakah jiwaku berada dalam kesunyian. Adakah aku sunyi? Aku sendiri tidak mengetahuinya. Aku juga banyak tidur. Boleh dikatakan setiap waktu sengang yang ada akan ku isi dengan rutin harian yang sama. Apa rutinnya ya? Date dengan katil la. adakah aku seorang yang kuat bersedih? Aku pun tidak pasti. Yang number tiga tu ...

mutiara kata

# Ilmu itu lebih indah daripada sebuah mangkuk yang cantik. # Orang yang berilmu adalah lebih manis daripada madu. # Untuk beramal dengan ilmu yang dimiliki adalah lebih sukar daripada meniti seurat rambut. # Mungkinkah luka yang bergitu dalam dapat disembuhkan hanya dengan kata-kata. # Setiap ilmu yang dicari mampu mengubah dan mewarnai kehidupan. # Hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebib baik daripada hari ini. # Masa tidak menunggu dan menanti kita. # Jangan mengurus masa kerana tetap 24 jam sehari semalam. Sebaliknya uruskanlah diri anda dengan masa yang ada. # Buatlah kehidupan terhadap pilihan yang ada dihadapan kita dengan segera kerana dengan menangguhkan sesuatu keputusan akan menyebabkan kerugian kepada kita. # Jika anda sudah mengamilkeputusan berdasarkan kenyataan, maka lakukanlah dan janganlah bertangguh-tangguh dan merubah fikiran. Jangan campakkan diri anda ke dalam keraguaan yang hanya akan melahirkan keraguan yang lebih besar. # Kita adalah apa ya...

Home sick!!!

Nak balik!! Rumah adalah tempat terbaik. Ke mana sahaja kita pergi, apabila suatu saat pastinya kita akan terkenangkan rumah. Patutlah ada pepatah yang menyatakan bahawa “rumahku, syurgaku”. Walaupun tempat yang kita duduki sekarang adalah lebih baik daripada rumah kita, namun keselesaan yang kita rasai semasa berada di rumah sendiri adalah tidak dapat ditandingi sama sekali. Tempat orang pastinya tidak akan sama dengan tempat sendiri. Suasananya dan udara yang dihirup tidak akan setenang dan senyaman semasa berada di rumah. Begitu juga dengan kasih sayang. Kasih sayang keluarga tidak akan dapat ditandingi oleh kasih sayang orang luar. Hal ini kerana segala yang diberikan oleh orang luar adalah untuk mendapatkan sesuatu balasan. Sebab tu lah timbul berbagai cerita seperti menggadaikan badan sendiri akibat termakan budi. Namun, perkara seperti ini tidak mungkin akan berlaku kerana kasih sayang yang diberi oleh keluarga khususnya oleh ibu bapa adalah ikhlas dan mereka tidak mengharapka...

ketenangan!!

Ketenangan!! Tidak dinafikan bahawa ketenangan merupakan sesuatu yang subjektif. Kadang kala manusia merasa tenang ketika berada bersendirian di tempat yang mendamaikan. Namun ada juga yang merasa tenang ketika berada berasama orang yang tersayang. For me, kedua-duanya dapat memberi ketenangan namun ia bukannya sesuatu yang pasti. Mungkin ada ketikanya kita akan merasa tenang ketika berada di temoat yang indah dan memdamaikan bersama orang tersayang. Namun, ada ketikanya ia tidak mampu untuk mengusir resah yang bertandang di hati. Pada ketika ini barulah kita sedar bahawa hanya Dia yang dapat memberi ketenangan kita hambaNya. Allah adalah tempat terbaik untuk kita memohon pertolongan dan mendapatkan ketenangan. Sesungguhnnya Dia sentiasa mendengar rintihan hati kita. Malah Dia jugalah yang akan membantu diri kita. Kita sebagai hambaNya sepatutnya berserah kepada Allah dalam semua ketika. Ketahuilah bahawa tidak akan sekali-kali Dia melupakan kamu selagi kamu mengingati Dia. Dan saya y...