Skip to main content

psikologi



1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa
terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia
org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan
seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda
yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati
lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun
perkara sekecil kuman, itu bermakna dia
perlukan kasih sayang.

aku seorang yangmudah ketawa. Adakah jiwaku berada dalam kesunyian. Adakah aku sunyi? Aku sendiri tidak mengetahuinya.

Aku juga banyak tidur. Boleh dikatakan setiap waktu sengang yang ada akan ku isi dengan rutin harian yang sama. Apa rutinnya ya? Date dengan katil la. adakah aku seorang yang kuat bersedih? Aku pun tidak pasti.

Yang number tiga tu tidak sesuai dengan aku kerana aku seorang yang sangat peramah. Tapi aku hanya ramah dengan orang yang aku kenali dan bukannya dengan semua orang especially dengan orang yang baru dikenali atau orang luar. Tetapi aku menyimpan banyak rahsia. Aku tidak berkongsi sesuatu yang aku rasa tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Malah aku juga menyimpan rahsia orang lain. Dengan kata lain aku adalah tempat orang meluahkan perasaan.

Kadang kala aku adalah seorang yang sangat sukar untuk mengeluarkan air mata. Aku sangat sukar menunjukkan perasaan sebenar kepada orang lain. Namun, kadang kala aku dengan mudahnya mengalirkan air mata di depan orang lain terutamanya disebabkan oleh isu-isu yang selayaknya untuk ditangisi. Namun aku juga memilih untuk menangis di tempat yang tidak dapat dilihat orang. Mungkin aku seorang yang lemah dan aku juga seorang yang berhati lembut.

Aku mudah marah sekiranya ada orang yang mengambil dan menggunakan barang-barang kepunyaanku tanpa mendapat keizinanku terlebih dahulu. Tetapi aku jarang marah orang yang tiada hubungan yang rapat dengan ku. So marah aku itu aku rasakan adalah tanda kasih sayang ku bukannya kerana aku kekurangan kasih sayang kerana aku telah mendapat kasih sayang yang secukupnya dari mereka yang menyayangiku.

Comments

Popular posts from this blog

undang-undang perniagaan

1.0               HUBUNGAN PEKONGSI DENGAN PIHAK KETIGA 1.1        KUASA EJEN Hubungan pekongsi dengan pihak ketiga bergantung kepada kuasa ejen. Setiap pekongsi adalah ejen kepada firma itu dan pekongsi-pekongsi yang lain bagi tujuan perniagaan perkongsian. Seksyen 141 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa kuasa ejen meliputi semua perbuatan yang sah yang perlu untuk melaksanakan tugasnya kepada prinsipal. Kuasa seseorang ejen untuk bertidak boleh wujud dalam dua bentuk iaitu kuasa zahir dan kuasa nyata. 1.1.1     KUASA ZAHIR Kuasa zahir merupaka kuasa seseorang ejen yang pada pandangan orang lain ejen itu mempunyai kuasa tersebut. Kuasa zahir yang dimiliki oleh ejen ini tidak diberi seecara nyata oleh prinsipal. Namun, pihak ke-3 mengandaikan bahawa ejen tersebut mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian walaupun pada hakikatnya ejen tidak mempunyai kuasa itu. Malah, pr...

rahsia hati tidak siapa yang tahu...

Kata hati sangat sukar untuk dibaca. Mampukah insan lain untuk menyelami apa yang terkandung di dalam hati insan lain andai pemilik hati tersebut turut tertanya-tanya apa yang tersirat dihati kecilnya. Perrh…. Perahsianya “hati”. Sehinggakan pemilik hati pun tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam hati. Haha… Namun, hatiku tidak mampu untuk berahsia dengan diriku. Aku dapat membaca apa yang tersirat di dalam hatiku. Hatiku mula tertarik dengan si dia. Mudahnya hatiku untuk menyerahkan dirinya kepada insan lain meskipun tidak mengetahui nama insan tersebut dan tidak melihat wajahnya. Hanya suara yang sering menjadi peneman dan mengubat rindu. Namun, tidak dinafikan bahawa dia memiliki suara yang sangat memukau. Setiap tutur katanya sangat memikat hati walaupun tidaklah sehebat kata-kata seorang romeo namun kata-katanya mengandungi maksud yang tersirat yang sangat memukau.  Walaupun hati mengetahui bahawa mustahil baginya untuk memiliki pemilik suara tersebut, ...

Ciri-ciri pasangan yang baik.

Setiap orang mempunyai sikap dan karakter masing-masing. Ianya menjadikan setiap insan itu sangat unik. Kadang kala ianya akan membuatkan orang  disekelilinganya berasa selesa namun tidak mustahil juga berasa rimas.jadi, mari kenal pasti antara ciri yang perlu kita miliki untuk memastikan bahawa kita adalah insan yang disenangi dan bukannya merimaskan. 1 .        Sentiasa menjaga solat. Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Sesungguhnya solat merupakan ibadah pertama yang akan dihitung di akhirat kelak. Jadi berusahalah untuk menjaga solat kita. Malah orang yang bersolat juga dapat memelihara dirinya daripada perbuatan mungkar. So, orang yang bersolat ni bukan sahaja menjaga hubungannya dengan Allah malah secara tidak langsung akan menjadikan dirinya disenangi oleh manusia. Andai seseorang itu tidak mampu untuk menjaga hubungannya dengan Sang Penciptanya mana mungkin ia dapat menjaga hubungannya de...