Nak balik!!
Rumah adalah tempat terbaik. Ke mana sahaja kita pergi, apabila suatu saat pastinya kita akan terkenangkan rumah. Patutlah ada pepatah yang menyatakan bahawa “rumahku, syurgaku”. Walaupun tempat yang kita duduki sekarang adalah lebih baik daripada rumah kita, namun keselesaan yang kita rasai semasa berada di rumah sendiri adalah tidak dapat ditandingi sama sekali. Tempat orang pastinya tidak akan sama dengan tempat sendiri. Suasananya dan udara yang dihirup tidak akan setenang dan senyaman semasa berada di rumah.
Begitu juga dengan kasih sayang. Kasih sayang keluarga tidak akan dapat ditandingi oleh kasih sayang orang luar. Hal ini kerana segala yang diberikan oleh orang luar adalah untuk mendapatkan sesuatu balasan. Sebab tu lah timbul berbagai cerita seperti menggadaikan badan sendiri akibat termakan budi. Namun, perkara seperti ini tidak mungkin akan berlaku kerana kasih sayang yang diberi oleh keluarga khususnya oleh ibu bapa adalah ikhlas dan mereka tidak mengharapkan sebarang balasan.
p/s home sick huhu……
Comments
Post a Comment