Skip to main content

undang-undang perniagaan



1.0              HUBUNGAN PEKONGSI DENGAN PIHAK KETIGA

1.1       KUASA EJEN

Hubungan pekongsi dengan pihak ketiga bergantung kepada kuasa ejen. Setiap pekongsi adalah ejen kepada firma itu dan pekongsi-pekongsi yang lain bagi tujuan perniagaan perkongsian. Seksyen 141 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa kuasa ejen meliputi semua perbuatan yang sah yang perlu untuk melaksanakan tugasnya kepada prinsipal. Kuasa seseorang ejen untuk bertidak boleh wujud dalam dua bentuk iaitu kuasa zahir dan kuasa nyata.

1.1.1    KUASA ZAHIR

Kuasa zahir merupaka kuasa seseorang ejen yang pada pandangan orang lain ejen itu mempunyai kuasa tersebut. Kuasa zahir yang dimiliki oleh ejen ini tidak diberi seecara nyata oleh prinsipal. Namun, pihak ke-3 mengandaikan bahawa ejen tersebut mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian walaupun pada hakikatnya ejen tidak mempunyai kuasa itu. Malah, prinsipal bertanggungjawab di atas segala tindakan yang dilakukan oleh ejen di bawah kuasa zahir. Seksyen 7 menyatakan bahawa “ setiap pekongsi adalah wakil bagi firma dan pekongsi-pekongsinya yang lain bagi maksud perniagaan perkongsian itu, dan tidakan setiap pekongsi yang melakukan apa-apa tindakan untuk menjalankan secara lazim jenis perniagaan yang dijalankan oleh firma itu yang dia menjadi ahli, mengikat firma dan pekongsi-pekongsinya, kecuali…”

Berdasarkan seksyen 7 tersebut, terdapat beberapa syarat yang diperuntukan bagi menentukan sama ada sesebuah firma itu terikat atau tidak dengan tidakan seseorang pekongsi berdasarkan prinsip ajensi ini. Syarat yang pertama ialah tindakan atau urusan yang dilakukan oleh pekongsi itu mestilah termasuk atau tergolong di dalam jenis perniagaan yang dijalankan oleh firma itu. Penentukan sama ada tindakan yang dilakukan oleh pekongsi tersebut termasuk dalam kategori jenis perniagaan yang dijalankan atau tidak akan ditentukan oleh mahkamah secara objektif. kes yang boleh dirujuk ialah Chettinad Bank lawan Chop Haw Lee & Chop Lee Chan (1931-1932). Dalam kes ini pihak defenden iaitu firma pajak gadai telah disaman oleh firma perbakan yang bertindak sebagai plaintif atas sebab dua nota janji hutang yang tertulis nama kedua-dua firma dan ditandatangani oleh seseorang yang bernama Chin Yok. Chin Yok yang telah meninggal dunia merupakan pekongsi kepada kedua-dua firma. Plihak plaintif mendakwa mereka telah memberi pinjaman kepada defenden tetapi Chin Yok telah mengggunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri. Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa pekongsi dianggap mempunyai kuasa secara termaklum untuk membuat pinjaman sekiranya bagi kemajuan perniagaan.

Syarat yang kedua ialah urusan itu mestilah dilakukan dalam cara biasa dan lazim. Hal ini bermakna setiap firma hanya akan bertanggungan terhadap urusan yang dibuat sekiranya urusan itu dilakukan dalam cara yang biasa atau lazim. Sekiranya tidak, firma tidak akan bertanggungan terhadap tindakan itu.

Syarat yang ketiga ialah pihka lain yang berurusan itu mestilah mengetahui atau percaya bahawa orang yang dengan siapa dia berurusan itu adalah seorang pekongsi. Hal ini bermakna firma hanya akan bertanggungan sekiranya dapat dibuktikan bahawa pihak ketiga yang berurusan itu mengetahui atau percaya bahawa mereka sedang berurusan dengan seorang pekongsi. Kes yang dirujuk ialah Chan & Yong Trading Co lawan William Jack &Co (Malaya) Ltd (1964). Dalam kes ini, Jack menuntut sejumlah wang RM12734.91 sebagai bayaran barang-barang yang telah dijual kepada pihak defenden yang merupakan pekongsi-pekongsi dalam sebuah firma. Yong yang masih kanak-kanak semasa barang-barang tersebut dibeli tidak mengambil sebarang langkah pembelaan tetapi Chan telah menafikan tuntutan Jacks dengan mendakwa antara lain bahawa barang-barang tersebut adalah untuk kegunaan peribadi Yong yang masih kanak-kanak pada ketika itu. Mahkamah memutuskan walaupun barang-barang yang dibeli adalah untuk kegunaan peribadi Yong, itu tidak bermakna firma tersebut dan pekongsi-pekongsinya tidak bertanggungjawab selakunya. Oleh kerana Yong tidak mengambil sebarang langkah untuk menamatkan perkongsiannya dengan firma tersebut selepas dia mencapai usia dewasa, maka dia juga turut bertanggungan selaku pekongsi firma itu.



1.1.2    KUASA NYATA

Kuasa nyata pula merupakan kuasa ejen yang diberikan secara nyata oleh prinsipal sama ada secara lisan atau secara kesimpulan yang timbul daripada kelakuan pihak-pihak yang terlibat. Seseorang prinsipal akan bertanggungjawab bagi semua perbuatan ejen yang dikategorikan sebagai kuasa nyata. Seksyen 9 memperuntukkan bahawa “ di mana seseorang pekongsi menggunakan keamanahan firma untuk maksud yang jelas tidak berkaitan dengan perjalanan biasa perniagaan firma itu, firma tidak terikat, kecuali jika beliau pada hakikatnya secara khusus diberi kuasa oleh pekongsi-pekongsi lain, tetapi seksyen ini tidak menyentuh apa-apa tanggungan persendirian yang dipertanggung oleh seseorang pekongsi.” Sebagai contoh, Z adalah seorang pekongsi. Dia telah menandatangani sekeping cek firma sedangkan kuasa untuk menandatangani cek tidak diberikan oleh firma kepadanya. Z akan bertanggungan sendiri terhadap tandatangannya.


2.0              PEMBUBARAN PERKONGSIAN
Pembubaran sesebuah perkongsian bermakna perkongsian itu tamat dan segala perniagaannya dihentikan sungguhpun urusan dijalankan sementara waktu untukmembolehkan urusan perkongsian itu dibubar. Pembubaran perkongsian boleh berlaku melalui tiga cara iaitu pembubaran secara automatik , melalui notis, dan pembubaran oleh mahkamah.

2.1       PEMBUBARAN SECARA AUTOMATIK
Pembubaran perkongsian boleh berlaku secara sendirinya atau automatik apabila berlaku kematian salah seorang daripada ahli atau rakan kongsi perniagaan. Perkongsian juga boleh terbubar dengan sendirinya apabila terdapat salah seorang daripada rakan kongsi menjadi bankrap. Pembubaran ini juga boleh berlaku apabila seseorang pekongsi membenarkan syernya dalam harta perkongsian digadaikan bagi tujuan membayar hutang peribadinya. Hal ini termaktub didalam seksyen 35(2) Akta Perkongsian 1961 yang mana para pekongsi juga diberi pilihan sama ada ingin membubarkan perkongsian atau tidak sekiranya salah seorang pekongsi bertindak mencagarkan syernya untuk tujuan membayar hutang peribadi. Namun trdapat pengecualian kepada seksyen 35(2) sekiranya pembubaran secara automatik akibat tamat tempoh ditetapkan, atau tamatnya sesuatu usaha atau kematian @kebankrapan seseorang pekongsi dapat dielakkan jika pekongsi-pekongsi membuat peruntukan sebaliknya dalam perjanjian.
Pembubaran perkongsian juga boleh berlaku secara sendirinya apabila tempoh perkongsian telah tamat berdasarkan seksyen 34(1)(a) Akta Perkongsian 1961. Seksyen 34(1)(b) Akta Perkongsian 1961 pula menyatakan bahawa perkongsian juga akan terbubar sendirinya apabila sesuatu projek yang dijalankan telah selesai atau tamat.

2.2       PEMBUBARAN MELALUI NOTIS
Pembubaran perkongsian melalui notis boleh dilakukan sekiranya perniagaan perkongsian yang ditubuhkan tidak dinyatakan tempoh jangka hayat perkongsian tersebut. Oleh itu, seseorang pekongsi yang berniat untuk membubarkan perkongsian tersebut boleh memberi notis kepada rakan kongsi yang lain bagi menyatakan niat pembubaran perkongsian tersebut. Hal ini dirujuk berdasarkan seksyen 34(1)(c) Akta Perkongsian 1961. Manakala seksyen 34(2) Akta Perkongsian pula menyatakan bahawa sesebuah perkongsian itu boleh dibubarkan mengikut tarikh yang ternyata di dalam notis yang dikeluarkan oleh salah seorang pekongsi atau pada ketika notis tersebut mula disampaikan kepada para pekongsi yang lain. Dalam situasi ini terdapat kes yang boleh dirujuk iaitu Tam Kok Cheong & Ors lawan Low Pui Heng (1966). Dalam kes ini perkongsian dianggap terbubar pada 6 April 1968. Iaitu apabila pekongsi keempat diberitahu tentang penjualan perkongsian kepada sebuah syarikat berhad.

2.3       PEMBUBARAN OLEH MAHKAMAH
Pembubaran oleh mahkamah boleh berlaku apabila terdapat seseorang pekongsi yang membuat permohonan kepada mahkamah berkenaan isu pembubaran tersebut. Namun, mahkamah hanya boleh mengarahkan pembubaran sesebuah perkongsian berdasarkan beberapa sebab tertentu. Antara sebab yang membolehkan pembubaran oleh mahkamah ialah terdapat perkongsi yang menjadi gila, hilang keupayaan secara kekal untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai pekongsi, salah laku, dan pecah perjanjian perkongsian yang membawa kerugian kepada perniagaan. Hal ini adalah berdasarkan peruntukan di dalam seksyen 37 yang menyatakan bahawa atas permohonan seorang pekongsi, mahkamah boleh memerintahkan pembubaran perkongsian itu dalam mana-mana satu keadaan berikut:-
  1. Apabila seseorang pekongsi didapati gila atau dibuktikan, sehingga mahkamah berpuas hati sebagai kekal tidak siuman.
  2. Apabila seorang pekongsi selain daripada pekongsi yang mengambil tindakan guaman itu menjadi hilang keupayan secara kekal.
  3. Apabila seorang pekongsi selain daripada pekongsi ynag mengambil tindakan guaman itu telah didapati slah melakukan yang pada pendapat mahkamah, dengan pertimbangan diberi kepada jenis perniagaan itu disengajakan untuk memberi kesan buruk kepada perjalanan perniagaan itu.
  4. Apabila seorang pekongsi dengan sengaja atau berturut-turut melakukan pecah perjanjian perkongsian sehingga tidaklah munasabah pada praktiknya bagi pekongsi atau pekongsi-pekongsi yang lain terus menjalankan perniagaan secara berkongsi dengannya.
  5. Apabila perniagaan perkongsia hanya boleh dijalankan dengan membawa kerugian
  6. Apabila dalam apa jua keadaan wujudnya keadaan-keadaan yang pada pendapat mahkamah membuatkan adil dan saksama bagi perkongsian itu dibubarkan.




RUJUKAN
Retrieve March 14, 2013, from
Retrieve March 19, 2013, from
Retrieve March 19, 2013, from
Retrieve March 29, 2013, from
Retrieve April 12, 2013, from



Comments

Popular posts from this blog

rahsia hati tidak siapa yang tahu...

Kata hati sangat sukar untuk dibaca. Mampukah insan lain untuk menyelami apa yang terkandung di dalam hati insan lain andai pemilik hati tersebut turut tertanya-tanya apa yang tersirat dihati kecilnya. Perrh…. Perahsianya “hati”. Sehinggakan pemilik hati pun tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam hati. Haha… Namun, hatiku tidak mampu untuk berahsia dengan diriku. Aku dapat membaca apa yang tersirat di dalam hatiku. Hatiku mula tertarik dengan si dia. Mudahnya hatiku untuk menyerahkan dirinya kepada insan lain meskipun tidak mengetahui nama insan tersebut dan tidak melihat wajahnya. Hanya suara yang sering menjadi peneman dan mengubat rindu. Namun, tidak dinafikan bahawa dia memiliki suara yang sangat memukau. Setiap tutur katanya sangat memikat hati walaupun tidaklah sehebat kata-kata seorang romeo namun kata-katanya mengandungi maksud yang tersirat yang sangat memukau.  Walaupun hati mengetahui bahawa mustahil baginya untuk memiliki pemilik suara tersebut, ...

Ciri-ciri pasangan yang baik.

Setiap orang mempunyai sikap dan karakter masing-masing. Ianya menjadikan setiap insan itu sangat unik. Kadang kala ianya akan membuatkan orang  disekelilinganya berasa selesa namun tidak mustahil juga berasa rimas.jadi, mari kenal pasti antara ciri yang perlu kita miliki untuk memastikan bahawa kita adalah insan yang disenangi dan bukannya merimaskan. 1 .        Sentiasa menjaga solat. Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Sesungguhnya solat merupakan ibadah pertama yang akan dihitung di akhirat kelak. Jadi berusahalah untuk menjaga solat kita. Malah orang yang bersolat juga dapat memelihara dirinya daripada perbuatan mungkar. So, orang yang bersolat ni bukan sahaja menjaga hubungannya dengan Allah malah secara tidak langsung akan menjadikan dirinya disenangi oleh manusia. Andai seseorang itu tidak mampu untuk menjaga hubungannya dengan Sang Penciptanya mana mungkin ia dapat menjaga hubungannya de...