Perkahwinan.. satu perkataan yang mudah ditutur dan nampak seperti sesuatu yg biasa. Biasalah orang berkahwin kan. Namun disebalik kemudahan dan kebiasaan tersebut terselit satu tanggungjawab yang sangat besar seiring dengn perkahwinan tersebut. Nampak mudah tapi sukar. Sangat sukar. Segalanya sukar. Berkongsi hak milik itu sukar. Menjadikan orang luar sebagai ahli keluarga itu sukar. Hidup bersama itu sukar. Berkongsi dengan orang luar rahsia yang hanya diketahui keluarga adalah sangat sukar. Segala-galanya sukar. Apabila wujud tanggapan sebegitu ia membuktikan bertapa tidak bersedianya seseorg itu untuk menempuh alam perkahwinan.
Sebab perkahwinan itu memperlukan anda untuk menerimanya seadanya baik buruk dirinya mahupun keluarganya. Tidak kisah berkonsi segala-galaya. Saling bertolak ansur. Sentiasa bersabar. Tapi semua itu bukan mudah melainkan Allah memudahkannya. Jika rasa mudah itu telah ada.. maka sudah sampai masanya. Jika tidak teruskan bersabar. Tidak perlu tergesa gesa utk berumah tangga hanya kerana melihat orang lain berumah tangga kerana orang lain mungkin telah bersedia tapi kamu tidak. Jangan berkahwin hanya kerana orang lain menyuruhmu kerana yang akan mengharungi dan menggalas tanggungjawab dalam perkhwinan itu adalah diri kamu bukan orang lain. Berkahwinlah disaat kamu telah bertemu dengan insan yang dapat membimbing kamu untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, bersedia untuk berkongsi hidup, mengharungi pahit manis alam perkahwinan bersama, melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau isteri, dan yakin bahawa perkahwinan kamu itu akan mendekatkan kamu dengan tuhanmu. Jika kamu mempunyai keyakinan seperti itu dan mendapat restu keluarga di atas niat dan pilihan kamu maka berkahwinlah.
Mengenai permilihan calon pasangan hidup pula, semua orang mempunyai beberapa kriteria yang mesti dimiliki oleh bakal pasangan. Sesuatu yg wajib. Tidak boleh bertolak ansur kerana kriteria tersebut merupakan perkara-perkara asas yang perlu dimiliki sebagai seorang muslim. Tapi Andai diberi 2 pilihan sama ada memilih orang yang sayangkan kamu atau orang yang kamu sayang sebagai pasangan hidup, yang mana yang akan kamu pilih? Sebagai wanita pilihlah orang yang sayangkan kamu. Kenapa? Sebab sebagai seorang wanita, aku memahami bahawa seorang wanita itu mempunyai naluri hati yg sangat lembut dan mudah berubah-ubah. Jangan pernah terkejut jika hari ni seorang wanita itu menyatakan betapa dia mencintai seseorg namun keesokan harinya dia berkata tidak menyukai lelaki itu lagi. Wanita itu sifatnya lembut dan suka disayangi dan dicintai. Oleh itu, yakinlah dia pasti akan menyukai insan yang selalu mencurahkan kasih kepadanya suatu hari nanti walaupun dia pernah membenci insan tersebut. Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk membalik balik kan hati manusia. Hari ini mungkin tidak suka namun esok mungkin sebaliknya. Jadi pilihlah orang yang sayangkan kamu kerana kamu boleh mengawal dan mendidik hati kamu untuk sayang dan hargai kasih yang orang beri kepada kamu. Sesungguhnya kita tidak mampu untuk memaksa orang lain untuk mencintai kita tetapi kita boleh belajar untuk mencintai orang. Namun semuanya bergantung kepada kehendak Allah. Semuanya terjadi di atas kehendakNya. Jadi... semoga kita akan bertemu jodoh dengan insan yang akan memimpin tangan kita untuk menuju syurga Allah. Semoga perkahwinan yang penuh dengan sakinan, mawaddah, dan wa rahmah menjadi milik kita semua.
Comments
Post a Comment