Marah tidak semestinya benci. Rindu tidak semestinya sayang. Sayang tidak semestinya kasih. Kasih tidak semestinya cinta. Cinta tidak semestinya jodoh. #Coz jodoh itu ditentukan oleh Allah. Kalau cinta separuh matipun kalau Dia dah tetapkan sejak azali lagi yang kamu bukan jodoh kekasih kamu, maka hubungan yang dibina dengan rasa kasih yang mendalam juga akan terputus ditengah jalan. #So, jangan terlalu mencintai seseorang kerana perpisahan akan membuatkan anda merasa sakit yang teramat sangat. Dan sekali hati anda terluka ia akan memakan masa yang lama untuk pulih. Walaupun ia pulih parutnya tetap akan ada. Dan andai kenangan tersebut kembali menjengah ingatan anda, tidak mustahil parut lama boleh berdarah semula. #So,cintailah pasangan anda kerana Allah. Dan yakinlah dengan ketentuanNya supaya andai sesuatu yang tidak diingini terjadi dalam perhubungan anda, anda dapat menerimanya dengan hati yang tenang.