Berjuanglah sehingga ke titisan darah yang terakhir selagi kita punya kesempatan untuk berbuat sedemikian. Jangan cepat berputus asa kerana orang yang berputus asa adalah seorang yang gagal. Yakinlah dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang kuat berusaha. Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, bertawakallah kepada Allah agar segala yang kita usahakan menbuahkan hasil yang baik. Namun sekiranya kita masih gagal untuk memperolehi yang terbaik, redha lah dan hadapilah kenyataan tersebut dengan tabah. Bersangka baiklah dengan Dia sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin sesuatu yang lebih indah menanti kita kemudian hari...
1.0 HUBUNGAN PEKONGSI DENGAN PIHAK KETIGA 1.1 KUASA EJEN Hubungan pekongsi dengan pihak ketiga bergantung kepada kuasa ejen. Setiap pekongsi adalah ejen kepada firma itu dan pekongsi-pekongsi yang lain bagi tujuan perniagaan perkongsian. Seksyen 141 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa kuasa ejen meliputi semua perbuatan yang sah yang perlu untuk melaksanakan tugasnya kepada prinsipal. Kuasa seseorang ejen untuk bertidak boleh wujud dalam dua bentuk iaitu kuasa zahir dan kuasa nyata. 1.1.1 KUASA ZAHIR Kuasa zahir merupaka kuasa seseorang ejen yang pada pandangan orang lain ejen itu mempunyai kuasa tersebut. Kuasa zahir yang dimiliki oleh ejen ini tidak diberi seecara nyata oleh prinsipal. Namun, pihak ke-3 mengandaikan bahawa ejen tersebut mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian walaupun pada hakikatnya ejen tidak mempunyai kuasa itu. Malah, pr...
Comments
Post a Comment