DIAM….. perbuatan ini membawa pelbagai maksud. Andai orang dahulu sering menyatakan bahawa diam seseorang itu membawa maksud yang positif iaitu setuju dengan perkara yang dibincangkan especially bagi gadis yang dirisik. Andai dia tidak memberi sebarang riaksi bermakna setujulah dia. Namun, persepsi seperti ini mungkin tidak relevan lagi dalam konteks moden seperti sekarang. Hal ini kerana masyarakat moden pada hari ini gemar untuk bersuara untuk menyatakan apa yang tersirat di dalam hati. Setuju ataupun tidan akan dinyatakan dalam bentuk verbal or sebagainya kerana riaksi seperti ini adalah lebih jelas dan mengelakkan misunderstanding bagi sesuatu pihak.
Tambahan pula pada zaman kini terdapat ramai ahli psychology yang menyatakan bahawa diam itu membawa pelbagai maksud yang tersirat. Terdapat sesetengah individu yang akan diam ketika sedarng marah, ada yang diam ketika sedang berfikir, sedang sedih, sedang merajuk. Ada juga yang diam kerana tidak berminat dengan topic yang dibicarakan dan tiada mood yang baik untuk melayan gelagat masyarakat sekeliling. Disebabkan oleh kebarangkalian seperti inilah kita sebagai seorang human being sepatutnya mempunyai emotion intelligence supaya kita dapat membaca apa yang tersirat disebalik diam seseorang individu itu. Ketiadaan emotion intelligence ini akan menyebabkan kita sukar menafsir maksud yang tersirat disebalik diam seseorang. Itulah ya g kadang-kadang orang tu sebenarnya tiada mood untuk melayan karenah kita namun kita pula fikir dia setuju dengan cadangan kita untuk keluar. Then, the problem will come dan pergaduhan boleh berlaku. Contohnya dia yang tiada mood terpaksalah juga menuruti kehendak anda yang hendak keluar berjalan-jalan kerana anda telah tersalah tafsir dengan diamnya. Ketika keluar si dia melayan anda nak tak nak je. Biasalah orang takde moodkan. Tapi anda fikir dia macam tak suka dengan anda. Then apa lagi perang!!!
So, moral of the story jangan gunakan cara diam untuk menyatakan maksud dan perasan anda kerana tidak semua orang mampu untuk membaca maksud sebenar mengapa anda diam. Unless someone who know you in and out. Maybe he or she will know it.
Comments
Post a Comment