Skip to main content

persahabatan.


Semua orang pernah mendengar pepatah bahawa berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Benar.. aku turut megakuinya kerana tidak rugi rasanya untuk berkawan. Malah islam sendiri menggalakkan kita untuk menjalikan silaturrahim.
            Namun, aku agak tidak bersetuju terhadap “best friend” yang berlainan gender. Bagi ku persahabatan antara lelaki dan perempuan hanya boleh sekadar kawan biasa bukannya sehingga tahap “best friend”. Mungkin ada yang merasakan bahawa pendapatku ini adalah kolot, namun aku yakin dengan pendapatku ini. Hal ini kerana kau telah melihat banyak keadaan di mana perhabatan yang sangat akrab antara lelaki dan perempuan akan bertukar kepada perasaan kasih yakni percintaan. Mana tidaknya andai semua perkara dilakukan bersama pastinya akan tumbuh perasaan sayang walaupun tanpa disedari oleh tuan diri.
            Walau bagaimanapun, ianya bukanlah merupakan satu isu yang plaing dibimbangkan. Aku rasa tidak mengapa andai hubungan persahabatan bertukar kepada hubungan percintaan seterusnya perkahwinan. Bak kata orang yang jauh didekatkan, yang dekat kita eratkan. Sebenarnya apa yang dikhuatiri adalah batas-batas dalam pergaulan itu sendiri. Andai segala-galanya dilakukan bersama, bimbang keselesaan terwujud akan menyebabkan kita lalai terhadap batas-batas yang perlu dijaga oleh orang-orang yang bukan muhrim. Namun, keserasian dan keselesaan menyebabkan kita alpa sehinggakan kita tidak sedar bahawa apa yang kita lakukan itu adalah melanggar batas- batas dalam pergaulan yang telah ditetapkan oleh islam. Hal ini kerana, hubungan yang erat akan membuatkan kita tidak sedar dengan tindakan kita sendiri. Segalanya berlakuk diluar kawalan. Terdapat sesetengah inidividu yang apabila rancak berbual, tangan tak boleh nak duduk diam. Mesti nak gerak juga sama naik dengan mulut. Nanti dalam kerancakan berbual mulalah nak tampar lengan kawanlah, nak cubit kawanlah. Keadaan ini tidak akan menjadi sebarang masalah bagi golongan yang sama gender. Tetapi ianya merupakan masalah yang sangat besar dan berat bagi golongan yang berlainan jantina. Ditambah pula dengan syaitan yang menjadi golongan ketiga. Pada ketika itu dikhuatiri perkara yang lebih dahsyat akan berlaku.
            Oleh yang demikian, aku memilih untuk bersahabat dengan semua yang ingin bersahabat dengan aku. Namun, my best friend hanya terbuka buat golongan yang sejantina dengan ku. Namun, satu ketika nanti aku akan pilih seorang yang berlainan gender dengan ku untuk menjadi sabahat dunia akhiratku. Siapa…? Of course my life patner. 

Comments

Popular posts from this blog

undang-undang perniagaan

1.0               HUBUNGAN PEKONGSI DENGAN PIHAK KETIGA 1.1        KUASA EJEN Hubungan pekongsi dengan pihak ketiga bergantung kepada kuasa ejen. Setiap pekongsi adalah ejen kepada firma itu dan pekongsi-pekongsi yang lain bagi tujuan perniagaan perkongsian. Seksyen 141 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa kuasa ejen meliputi semua perbuatan yang sah yang perlu untuk melaksanakan tugasnya kepada prinsipal. Kuasa seseorang ejen untuk bertidak boleh wujud dalam dua bentuk iaitu kuasa zahir dan kuasa nyata. 1.1.1     KUASA ZAHIR Kuasa zahir merupaka kuasa seseorang ejen yang pada pandangan orang lain ejen itu mempunyai kuasa tersebut. Kuasa zahir yang dimiliki oleh ejen ini tidak diberi seecara nyata oleh prinsipal. Namun, pihak ke-3 mengandaikan bahawa ejen tersebut mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian walaupun pada hakikatnya ejen tidak mempunyai kuasa itu. Malah, pr...

rahsia hati tidak siapa yang tahu...

Kata hati sangat sukar untuk dibaca. Mampukah insan lain untuk menyelami apa yang terkandung di dalam hati insan lain andai pemilik hati tersebut turut tertanya-tanya apa yang tersirat dihati kecilnya. Perrh…. Perahsianya “hati”. Sehinggakan pemilik hati pun tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam hati. Haha… Namun, hatiku tidak mampu untuk berahsia dengan diriku. Aku dapat membaca apa yang tersirat di dalam hatiku. Hatiku mula tertarik dengan si dia. Mudahnya hatiku untuk menyerahkan dirinya kepada insan lain meskipun tidak mengetahui nama insan tersebut dan tidak melihat wajahnya. Hanya suara yang sering menjadi peneman dan mengubat rindu. Namun, tidak dinafikan bahawa dia memiliki suara yang sangat memukau. Setiap tutur katanya sangat memikat hati walaupun tidaklah sehebat kata-kata seorang romeo namun kata-katanya mengandungi maksud yang tersirat yang sangat memukau.  Walaupun hati mengetahui bahawa mustahil baginya untuk memiliki pemilik suara tersebut, ...

Ciri-ciri pasangan yang baik.

Setiap orang mempunyai sikap dan karakter masing-masing. Ianya menjadikan setiap insan itu sangat unik. Kadang kala ianya akan membuatkan orang  disekelilinganya berasa selesa namun tidak mustahil juga berasa rimas.jadi, mari kenal pasti antara ciri yang perlu kita miliki untuk memastikan bahawa kita adalah insan yang disenangi dan bukannya merimaskan. 1 .        Sentiasa menjaga solat. Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Sesungguhnya solat merupakan ibadah pertama yang akan dihitung di akhirat kelak. Jadi berusahalah untuk menjaga solat kita. Malah orang yang bersolat juga dapat memelihara dirinya daripada perbuatan mungkar. So, orang yang bersolat ni bukan sahaja menjaga hubungannya dengan Allah malah secara tidak langsung akan menjadikan dirinya disenangi oleh manusia. Andai seseorang itu tidak mampu untuk menjaga hubungannya dengan Sang Penciptanya mana mungkin ia dapat menjaga hubungannya de...