Skip to main content

Rahsia Allah S.W.T

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat unik. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai peribadi masing-masing yang ada kalanya mempunyai persamaan dengan diri manusia lain. Walau bagaimanapun, manusia mempunyai sifat yang tidak baik iaitu tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Dengan kata lain manusia ini mempunyai kemahuan yang tidak terbatas. 
Kita selalu mempersoalkan mengapa Allah tidak memberi apa yang kita ingini sedangkan kita telah berusaha melakukan yang terbaik disamping berdoa kepada Nya. Namun mengapa segala impian dan permintaan tersebut tidak dimakbulkan? Andai ini terjadi kepada anda, janganlah kita mempersoalkan mengapa Allah melakukan sedemikian kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin apa yang kita impikan itu akan membawa kecelakaan kepada kita dikemudian hari. Yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa "boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu mengetahui" (surah Al-Baqarah ayat 216)

Comments

Popular posts from this blog

undang-undang perniagaan

1.0               HUBUNGAN PEKONGSI DENGAN PIHAK KETIGA 1.1        KUASA EJEN Hubungan pekongsi dengan pihak ketiga bergantung kepada kuasa ejen. Setiap pekongsi adalah ejen kepada firma itu dan pekongsi-pekongsi yang lain bagi tujuan perniagaan perkongsian. Seksyen 141 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa kuasa ejen meliputi semua perbuatan yang sah yang perlu untuk melaksanakan tugasnya kepada prinsipal. Kuasa seseorang ejen untuk bertidak boleh wujud dalam dua bentuk iaitu kuasa zahir dan kuasa nyata. 1.1.1     KUASA ZAHIR Kuasa zahir merupaka kuasa seseorang ejen yang pada pandangan orang lain ejen itu mempunyai kuasa tersebut. Kuasa zahir yang dimiliki oleh ejen ini tidak diberi seecara nyata oleh prinsipal. Namun, pihak ke-3 mengandaikan bahawa ejen tersebut mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian walaupun pada hakikatnya ejen tidak mempunyai kuasa itu. Malah, pr...

rahsia hati tidak siapa yang tahu...

Kata hati sangat sukar untuk dibaca. Mampukah insan lain untuk menyelami apa yang terkandung di dalam hati insan lain andai pemilik hati tersebut turut tertanya-tanya apa yang tersirat dihati kecilnya. Perrh…. Perahsianya “hati”. Sehinggakan pemilik hati pun tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam hati. Haha… Namun, hatiku tidak mampu untuk berahsia dengan diriku. Aku dapat membaca apa yang tersirat di dalam hatiku. Hatiku mula tertarik dengan si dia. Mudahnya hatiku untuk menyerahkan dirinya kepada insan lain meskipun tidak mengetahui nama insan tersebut dan tidak melihat wajahnya. Hanya suara yang sering menjadi peneman dan mengubat rindu. Namun, tidak dinafikan bahawa dia memiliki suara yang sangat memukau. Setiap tutur katanya sangat memikat hati walaupun tidaklah sehebat kata-kata seorang romeo namun kata-katanya mengandungi maksud yang tersirat yang sangat memukau.  Walaupun hati mengetahui bahawa mustahil baginya untuk memiliki pemilik suara tersebut, ...

Ciri-ciri pasangan yang baik.

Setiap orang mempunyai sikap dan karakter masing-masing. Ianya menjadikan setiap insan itu sangat unik. Kadang kala ianya akan membuatkan orang  disekelilinganya berasa selesa namun tidak mustahil juga berasa rimas.jadi, mari kenal pasti antara ciri yang perlu kita miliki untuk memastikan bahawa kita adalah insan yang disenangi dan bukannya merimaskan. 1 .        Sentiasa menjaga solat. Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Sesungguhnya solat merupakan ibadah pertama yang akan dihitung di akhirat kelak. Jadi berusahalah untuk menjaga solat kita. Malah orang yang bersolat juga dapat memelihara dirinya daripada perbuatan mungkar. So, orang yang bersolat ni bukan sahaja menjaga hubungannya dengan Allah malah secara tidak langsung akan menjadikan dirinya disenangi oleh manusia. Andai seseorang itu tidak mampu untuk menjaga hubungannya dengan Sang Penciptanya mana mungkin ia dapat menjaga hubungannya de...