Setiap kejayaan yang kita perolehi bukanlah untuk dibangga-banggakan kerana kejayaan tersebut adalah rahmat Tuhan terhadap hamba-hamba yang dikasihiNya. Tetapi kita juga perlu sedar bahawa kejayaan tersebut juga mungkin merupakan satu ujian daripada Nya untuk menguji ketaqwaan kita sebagai hambaNya. Adakah kita akan bersikap riak diatas kejayaan tersebut atau kita akan menjadikan kejayaan tersebut sebagai pendorng untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan dan pada masa yang sama kita menggunakan kelebihan yang Tuhan kurniakan untuk membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
sesungguhnya setiap rezeki yang kita perolehi perlulah dikongsikan bersama orang lain kerana bukan semua yang kita perolehi adalah milik kita tetapi sebahagian daripada rezeki tersebut adalah milik orang lain yang diberi melalui kita. hal ini yang mewajibkan seorang muslim untuk mengeluarkan zakat agar kita tidak termakan hak orang lain yang terselit disebalik rezeki yang dikurniakan Tuhan kepada kita.
Namun masih ada individu yang bersikap tamak dan riak mengatakan bahawa mengapa ia perlu memberi sesuatu yang diperolehinya dengan unsaha dan titik peluhnya sendiri. sesungguhnya orang yang berfikir sedemikian adalah seorang yang tidak bersyukur. Hindarilah sikap sedemikian kerana rezeki tersebut adalah milik Tuhan. Kita hanyalah hambaNya yang bertanggungjawab sebagai khalifah Nya di muka bumi ini untuk menguruskan bumi ini yang merupakan milikNya yang mutlak.
Siapalah kita untuk berbangga dengan sesuatu yang bukan milik kita.

Comments
Post a Comment