Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Jodoh

Marah tidak semestinya benci. Rindu tidak semestinya sayang. Sayang tidak semestinya kasih. Kasih tidak semestinya cinta. Cinta tidak semestinya jodoh. #Coz jodoh itu ditentukan oleh Allah. Kalau cinta separuh matipun kalau Dia dah tetapkan sejak azali lagi yang kamu bukan jodoh kekasih kamu, maka hubungan yang dibina dengan rasa kasih yang mendalam juga akan terputus ditengah jalan. #So, jangan terlalu mencintai seseorang kerana perpisahan akan membuatkan anda merasa sakit yang teramat sangat. Dan sekali hati anda terluka ia akan memakan masa yang lama untuk pulih. Walaupun ia pulih parutnya tetap akan ada. Dan andai kenangan tersebut kembali menjengah ingatan anda, tidak mustahil parut lama boleh berdarah semula. #So,cintailah pasangan anda kerana Allah. Dan yakinlah dengan ketentuanNya supaya andai sesuatu yang tidak diingini terjadi dalam perhubungan anda, anda dapat menerimanya dengan hati yang tenang.

DIAM??

DIAM….. perbuatan ini membawa pelbagai maksud. Andai orang dahulu sering menyatakan bahawa diam seseorang itu membawa maksud yang positif iaitu setuju dengan perkara yang dibincangkan especially bagi gadis yang dirisik. Andai dia tidak memberi sebarang riaksi bermakna setujulah dia. Namun, persepsi seperti ini mungkin tidak relevan lagi dalam konteks moden seperti sekarang. Hal ini kerana masyarakat moden pada hari ini gemar untuk bersuara untuk menyatakan apa yang tersirat di dalam hati. Setuju ataupun tidan akan dinyatakan dalam bentuk verbal or sebagainya kerana riaksi seperti ini adalah lebih jelas dan mengelakkan misunderstanding bagi sesuatu pihak. Tambahan pula pada zaman kini terdapat ramai ahli psychology yang menyatakan bahawa diam itu membawa pelbagai maksud yang tersirat. Terdapat sesetengah individu yang akan diam ketika sedarng marah, ada yang diam ketika sedang berfikir, sedang sedih, sedang merajuk. Ada juga yang diam kerana tidak berminat dengan topic yang dibicarakan...

persahabatan.

Semua orang pernah mendengar pepatah bahawa berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Benar.. aku turut megakuinya kerana tidak rugi rasanya untuk berkawan. Malah islam sendiri menggalakkan kita untuk menjalikan silaturrahim.             Namun, aku agak tidak bersetuju terhadap “best friend” yang berlainan gender. Bagi ku persahabatan antara lelaki dan perempuan hanya boleh sekadar kawan biasa bukannya sehingga tahap “best friend”. Mungkin ada yang merasakan bahawa pendapatku ini adalah kolot, namun aku yakin dengan pendapatku ini. Hal ini kerana kau telah melihat banyak keadaan di mana perhabatan yang sangat akrab antara lelaki dan perempuan akan bertukar kepada perasaan kasih yakni percintaan. Mana tidaknya andai semua perkara dilakukan bersama pastinya akan tumbuh perasaan sayang walaupun tanpa disedari oleh tuan diri.             Walau bagaimanapun, ianya bukanlah merupakan...

muhasabah diri!!!

kita tidak akan pernah bersyukur dan akan sentiasa merasa bahawa diri kita berada dalam keadaan serba kekurangan jika kita bertindak membandingkan diri kita dengan insan-insan yang di anugerahkan Allah dengan nikmat kesenangan dan kekayaan yang melebihi diri kita. sebaliknya, bandingkanlah diri keadaan kita dengan insan-insan yang berada dalam keadaan serba daif dan kesusahan. Tindakan seperti ini akan membuatkan kita merasa sangat bersyukur dengan segala ketentuan Allah. Kita akan sedar bahawa sesungguhnya terdapat insan yang lebih susah dan daif berbanding diri kita. Bersyukur adalah tindakan terbaik sekaligus menghirangkan perasaan dengki dan cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh insan lain. setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Berfikirlah dengan positive. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Rahsia Allah S.W.T

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat unik. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai peribadi masing-masing yang ada kalanya mempunyai persamaan dengan diri manusia lain. Walau bagaimanapun, manusia mempunyai sifat yang tidak baik iaitu tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Dengan kata lain manusia ini mempunyai kemahuan yang tidak terbatas.  Kita selalu mempersoalkan mengapa Allah tidak memberi apa yang kita ingini sedangkan kita telah berusaha melakukan yang terbaik disamping berdoa kepada Nya. Namun mengapa segala impian dan permintaan tersebut tidak dimakbulkan? Andai ini terjadi kepada anda, janganlah kita mempersoalkan mengapa Allah melakukan sedemikian kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin apa yang kita impikan itu akan membawa kecelakaan kepada kita dikemudian hari. Yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa "boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagi kamu, da...

perjuangan

Berjuanglah sehingga ke titisan darah yang terakhir selagi kita punya kesempatan untuk berbuat sedemikian. Jangan cepat berputus asa kerana orang yang berputus asa adalah seorang yang gagal. Yakinlah dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang kuat berusaha. Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, bertawakallah kepada Allah agar segala yang kita usahakan menbuahkan hasil yang baik. Namun sekiranya kita masih gagal untuk memperolehi yang terbaik, redha lah dan hadapilah kenyataan tersebut dengan tabah. Bersangka baiklah dengan Dia sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin sesuatu yang lebih indah menanti kita kemudian hari...

Rahmat vs Ujian

Setiap kejayaan yang  kita perolehi bukanlah untuk dibangga-banggakan kerana kejayaan tersebut adalah rahmat Tuhan terhadap hamba-hamba yang dikasihiNya. Tetapi kita juga perlu sedar bahawa kejayaan tersebut juga mungkin merupakan satu ujian daripada Nya untuk menguji ketaqwaan kita sebagai  hambaNya. Adakah kita akan bersikap riak diatas kejayaan tersebut atau kita akan menjadikan kejayaan tersebut sebagai pendorng untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan dan pada masa yang sama kita menggunakan kelebihan yang Tuhan kurniakan untuk membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik. sesungguhnya setiap rezeki yang kita perolehi perlulah dikongsikan bersama orang lain kerana bukan semua yang kita perolehi adalah milik kita tetapi sebahagian daripada rezeki tersebut adalah milik orang lain yang diberi melalui kita. hal ini yang mewajibkan seorang muslim untuk mengeluarkan zakat agar kita tidak termakan hak orang lain yang terselit disebalik rezeki yang dikurni...

Lumrah hidup

Hidup penuh onak dan duri. Namun kita perlu teruskan kehidupan walaupun terdapat pelbagai ujian dan cubaan yang menimpa. Hidup masih perlu diteruskan walaupun apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan. Hakikatnya memang begitu. Tidak semua yang kita ingini akan menjadi nyata. Apabila keadaan seperti ini menimpa diri kita janganlah kita menyalahkan Tuhan kerana tidak menunaikan permintaan kita kerana Tuhan bukannya tidak ingin memberi apa yang kita inginkan tetapi Dia akan memberi apa yang terbaik untuk kita. Jangan cepat berputus asa. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.